BENARKAH ADA TENAGA INFINITI ?
Teknologi Di Sebalik Penjana Kuasa Tenaga Hijau Elektromagnetik adalah MENUAI KEMBALI Arus Unik Yang Menghasilkan Daya Elektromotif sebagai Tenaga Sisa dan menukarkannya kepada tenaga yang boleh digunakan. Tujuan untuk hasilkan konsistensi kuasa yang berterusan.
- BAGAIMANA BERMULA IDEA GILA INI ?
Prof (Pengasas) mengkaji Mukjizat Nabi s.a.w ketika memberi makan pasukan Perang Khandaq (627 Masihi) yang kelaparan.
Beliau melakukan hitungan Rumus cara Baginda s.a.w membuka tutup periuk lauk kambing untuk diberi kepada 1000 orang sahabat. Idea pelajaran dari Mukjizat ini Prof implementasikan kepada kiraan motor generator. Beratus kali percubaan Allah izinkan jua Teknologi Generator ini dapat dihidupkan dengan tenaga konsisten ,selamat dan berterusan.
1000 ORANG DAPAT MAKANAN
Bagaimana kisah Ajaib Ini bermula ?
Ketika perang khandaq sedang berlangsung,datang seorang sahabat kepada nabi SAW “Wahai Rasulullah, aku mohon izin untuk pulang sebentar ke rumah.”
Jabir r.a Berniat Menjamu Rasulullah SAW dengan Makanan.
Beliau mengetahui keadaan Baginda dan merasa Hiba melihat kondisinya yang tampak lelah dan lapar.
Jabir berhasrat besar untuk menjamu Rasulullah SAW sehingga ia berkata, Beliau memberinya izin. Saat tiba di rumah, Jabir berkata kepada isterinya,
Secangkir Gandum & Anak Kambing Kurus
Aku melihat Rasulullah sangat lemah dan lapar. Namun, beliau tetap bersabar. Apakah kita punya sesuatu untuk dimasak?
“Isteri Jabir menjawab,”
Kita punya secangkir gandum dan anak kambing yang kurus.”
Jabir segera menyembelih kambing itu, lalu isterinya memasaknya, kemudian membuat beberapa potong roti gandum.
Setelah makanan siap disajikan, Jabir bergegas pergi menemui Rasulullah SAW.
Tawaran Makan Yang tidak dilepaskan
Wahai Rasulullah, aku punya sedikit makanan di rumah. Sudilah kiranya Engkau datang ke rumahku bersama dua atau tiga orang untuk menyantapnya,” ujar Jabir.”
Apa yang telah kau siapkan?”
Tanya Rasulullah SAW.
Jabir menuturkan apa adanya.
Jangan buka Penutup Periuk
Lalu, Rasulullah SAW berkata,
“Makanan yang banyak dan baik. Tolong katakan kepada isterimu agar JANGAN dulu membuka tutup periuk dan menghidangkan rotinya hingga aku datang.”
Maka, Jabir bergegas pulang ke rumahnya mendahului Rasulullah SAW.
Sementara itu, Rasulullah SAW berseru kepada para sahabat,
“Berhentilah kalian SEMUA. Mari kita pergi ke rumah Jabir.”
Jabir berada di rumahnya dan menceritakan perbualannya dengan Rasulullah SAW kepada sang isteri, termasuk pesan beliau untuk TIDAK membuka tutup periuk.
Namun, beberapa saat kemudian Jabir terhenyak gusar dan panik melihat di depan rumahnya, Rasulullah SAW datang bersama semua sahabat Ansar dan Muhajirin.
Semua Sahabat datang Makan
Ia berpaling kepada isterinya dan berkata gugup,
“Aduh, baginda datang bersama SEMUA sahabat.”
“Apakah beliau telah bertanya sebelumnya kepadamu?”
tanya isterinya.
“Ya, sudah,”jawab Jabir.
“Maka, kau tidak perlu khuatir,”
jawab isterinya.
Kaedah Buka Penutup Periuk
Rasulullah SAW kemudian membuka tutup periuk, lantas mengambil sesendok masakan daging kambing itu dan mengambil sepotong roti.
Lalu, para sahabat mengikutinya hingga semua orang yang datang ke rumah Jabir boleh makan dengan kenyang.
Perkara ini dilakukan BERULANG KALI.
Setiap bekas boleh di makan 10 orang,
Baginda SAW ulang perkara ini sebanyak 100 kali buka tutup periuk.
Maka cukup untuk 1000 orang dan masih ada baki.
Setelah semua orang makan, Rasulullah SAW menyuruh isteri Jabir untuk makan.
Keberkatan Mukjizat
Ternyata, di periuk itu masih ada baki masakan untuk Jabir dan isterinya, begitu pula dengan rotinya.
Makanan ini diberkahi Allah SWT lewat perantara Rasulullah SAW.Jika difikir secara logik maka jumlah makanan yang sedikit tidak akan cukup disantap oleh banyak orang.
Namun kerana makanan ini dipenuhi berkah maka seluruh orang dapat menyantapnya sampai kenyang, bahkan tak kekurangan sedikitpun.
Hasil dari kisah ini , secara analoginya mukjizat baginda SAW jika kita renungkan secara mendalam,maka berkatnya melangkau zaman dan boleh diaplikasikan melalui hitungan rumus teknologi yang boleh DIBUKTIKAN.